Categories
Politics & government

[1098] Mengenai melatah tentang pembubaran Parlimen

Jika semalam Utusan Malaysia, meminjam frasa The Sensintrovert, cuba menyemarakkan nafsu politikus-politikus di seluruh negara, Timbalan Perdana Menteri Najib Razak melalui Utusan dan juga saluran-saluran Media Prima memadamkan keghairahan tersebut. Bak kata Mat Salleh, TPM “poured cold water” ke atas perkara yang secara langsung menyentuh kemungkinan pilihanraya di dalam tahun 2007.

Di muka hadapan Mingguan Malaysia hari ini:

Scanned by Mohd Hafiz Noor Shams. Copyrights by Utusan Malaysia. Fair use.

Lebih lanjut lagi:

KUALA LUMPUR 17 Feb. — Banyak pihak menganggap masih terlalu awal untuk kerajaan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum walaupun petunjuk ekonomi pada masa ini berada pada kedudukan memberangsangkan.

Mereka berpendapat kerajaan tidak perlu tergesa-gesa kerana negara baru sahaja selesai mengadakan pilihan raya umum pada tahun 2004 dan mandat itu hanya berakhir pada April 2009.

Adalah rugi bagi kerajaan membubarkan Parlimen dalam tempoh singkat selepas hanya separuh penggal memegang amanah rakyat selain menurut mereka, Barisan Nasional (BN) tidak berada dalam keadaan terdesak untuk mengadakan pilihan raya.

Saya berpendapat bahawa Utusan lebih merupakan suara orang-orang Melayu daripada orang-orang UMNO. Mungkin ramai akan menyangkal pendapat itu tetapi kegagalan pengambungan di antara Utusan dan New Straits Times akibat penentangan hebat orang-orang Utusan dan ahli-ahli politik Melayu (yang juga ahli-ahli UMNO) terhadap kehendak Perdana Menteri menyakinkan saya tentang kedudukan Utusan.

Oleh itu, mengambil kira kedua-dua laporan mengenai pilihanraya yang cuba membawa maksud yang berbeza, mungkin sedang berlaku satu perdebatan hebat di dalam UMNO tentang pilihanraya. Atau, mungkin sekali, orang-orang Melayu sudah mula bosan dengan UMNO.

Atau mungkin Utusan hanya mengulangi apa yang Reuters telah sampaikan.

Walau bagaimanapun, saya teringat slogan pasukan yang berkempen untuk William Jefferson Clinton untuk pilihanraya Amerika Syarikat 1992. Slogan itu berbunyi, “It’s the economy, stupid.

Clinton kemudiannya dipilih oleh rakyat Amerika untuk menjadi Presiden yang ke-42 negara tersebut.

Tiada siapa patut lupa akan kata-kata itu.

By Hafiz Noor Shams

For more about me, please read this.

One reply on “[1098] Mengenai melatah tentang pembubaran Parlimen”

Memang betul cakap saudara hafiz tapi saya fikir memang terlalu awal untuk bicara mengenai pilihanraya umum.

Ekonomi negara memang mantap tapi ekonomi rakan rakan di pekan maupun di desa masih kurang memuaskan.

Lapuran media kemungkinan pilinharaya umum beberapa hari ini hanya berdasar soalan yang ditujukan kepada penganalisis ekonomi atau politik dan bukan pendapat yang diberikan secara spontan atau sukarela.

Dan memang betul “It’s the economy, stupid” yang akan berperanan penting memutuskan kemenangan besar pihak Barisan Nasional atau lawanya.

Tapi saya fikir pihak lawan masih tidak mempunyai apa-apa rancangan yang bernas untuk menjadikan ekonomi negara lumayan untuk penduduknya.

Semuanya di tangan kita, gitu ya!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.