Categories
Economics

[2170] Mengenai apabila kerajaan mencipta masalah, salahkan pasaran bebas

Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur Salleh Majid menulis tentang dialog yang beliau hadiri di dalam Utusan Malaysia hari ini.[1] Beliau menyenaraikan pelbagai masalah yang dihadapi Malaysia, masalah yang diakui kewujudannya oleh kerajaan Barisan Nasional hanya selepas Pilihanraya Umum 2008. Masalah-masalah ini kemudiannya dijadikan sebagai alasan untuk mengaminkan campur tangan kerajaan di dalam ekonomi negara serta polisi Barisan Nasional. Walaupun masalah-masalah ini wujud, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk campur tangan yang lebih hebat kerana kerajaanlah yang menjadi sumber kepada kebanyakan masalah-masalah ini.

Sistem pendidikan yang lemah disebut sebagai satu punca kepada struktur ekonomi negara yang tidak menyakinkan. Siapakah yang mempermainkan sistem pendidikan kita? Siapakah yang mengikat kaki dan tangan pelajar serta tenaga pengajar? Siapakah yang memperbodohkan beberapa generasi rakyat Malaysia demi kepentingan politik? Kerajaan.

Karenah birokrasi kerajaan adalah satu lagi faktor yang diketengahkan. Adakah birokrasi tersebut disebabkan oleh pasaran bebas?

Kemudian disebutnya masalah korupsi dan rasuah. Ini adalah perkara yang kelakar. Siapakah penyebab utama perkara tersebut berleluasa? Pasaran bebas? Bukankah bahagian eksekutif kerajaan yang dikuasai oleh Barisan sekian lama yang telah meluaskan kuasa mereka sehingga sistem timbal balik hilang reputasinya? Bukankah kerajaan persekutuan dan negeri Barisan Nasional yang sewenang-wenangnya menggunakan duit rakyat untuk kepentingan parti? Bukankah punca korupsi itu adalah kerajaan?

Kewujudan kartel dan monopoli adalah masalah yang besar. Tetapi, siapakah yang menggalakkan pembentukan monopoli ini? Siapakah yang menggalakkan industrialisasi secara penggantian import di Malaysia? Siapakah yang menyekat pemberian lesen? Kerajaan! Kerajaan! Kerajaan!

Beliau akhir sekali menyebut beberapa negara yang mengalami masalah ekonomi yang kononnya disebabkan oleh sikap free for all. Beliau menyebut tentang Sepanyol, Portugal, Itali dan Greece. Tetapi, bukankah masalah negara-negara ini adalah saiz defisit fiskal yang besar yang disebabkan oleh perbelanjaan kerajaan yang tidak terkawal? Adakah kemampuan kerajaan-kerajaan ini untuk mengawal keadaan fiskal mereka disebabkan pasaran bebas? Mereka yang memperjuangkan pasaran bebas kebanyakan mahu saiz kerajaan dikurangkan. Penyokong pasaran bebas mahukan perbelanjaan kerajaan dikurangkan lalu mengatasi masalah defisit.

Jadi, mengapa salahkan pasaran bebas apabila kerajaan yang menyebabkan semua ini?

Ini penipuan yang tidak boleh dibiarkan.

Yang lebih mengarut lagi, masalah-masalah ini ditulisnya akan menjadi lebih teruk jika pasaran bebas dilaksanakan. Kerajaanlah penyebabnya, tetapi beliau tidak mengakui akan kebenaran ini. Malah, menurut beliau, kerajaan perlu campur tangan untuk mengatasi masalah ini.

Ini adalah satu pegangan yang mungkin lucu, jika ia tidak pernah memusnahkan negara ini.

Mohd Hafiz Noor Shams. Some rights reserved Mohd Hafiz Noor Shams. Some rights reserved Mohd Hafiz Noor Shams. Some rights reserved

[1] — BEBERAPA kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NG0), usahawan Bumiputera Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah berpeluang memberikan pandangan mereka tentang Model Ekonomi Baru(MEB) kepada Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Tan Sri Amirsham Aziz pada hari Khamis 25 Februari yang lalu. [Dialog dengan Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Salleh Majid. Utusan Malaysia. Mac 1 2010]

By Hafiz Noor Shams

For more about me, please read this.

5 replies on “[2170] Mengenai apabila kerajaan mencipta masalah, salahkan pasaran bebas”

Saudara salah faham akan apa yang tertulis lalu keluar tajuk. Salleh Majid menyalahkan pasaran bebas apabila menyebut tentang masalah-masalah yang tersenarai.

Ini bukan tentang Pakatan lawan Barisan. Ini adalah di antara pasaran dan kerajaan (mana-mana kerajaan tetapi dalah kes ini, walaupun ia berkait rapat dengan Barisan). Saya tidak mempertahankan kerajaan Pakatan. Jauh sekali. Saya hanya mempertahankan konsep pasaran bebas.

Mengenai liberasasi, saya tahu. Tetapi itu tidak diambil kira oleh Salleh Majid yang menyatakan pasaran yang menyebabkan masalah-masalah yang dihadapi negara. Malah, beliau menentang polisi itu dan sekali lagi, mengaitkan pasaran bebas sebagai punca masalah itu.

Masalah-masalah ini, dari polisi pendidikan ke polisi industri, berpunca daripada kerajaan. Bukan pasaran bebas.

Akhirnya sekali, tiada siapa yang menghina negara (atau kerajaan). Tambah lagi, negara dan kerajaan adalah dua perkara yang berbeza.

saudara mungkin tidak maklum tentang perkembangan terbaru tentang malaysia. tentang polisi baru kerajaan yg mula meliberalisasikan beberapa sektor untuk perbaiki beberapa kerosakan yg telah dibuat ketika era pak lah. saya rasa tindakan kerajaan ini wajar diberi salute positif oleh saudara jika saudara benar2 tidak membuat kenyataan anti-bn.

berkenaan isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa, saudara patut lebih ringan mulut untuk bertanyakan saudara mara di selangor atau di penang mengenai pembangunan ekonomi di negeri terbabit. saya yg berada di kuala lumpur turut merasai tempias kemeruduman ekonomi selangor. halnya sudah jelas terbukti, rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerajaan negeri.

saya tidak berhujah dari aspek ekonomi terlalu berlebihan memandangkan saya tiada kapasiti dlm bidang tersebut. tapi cukuplah untuk saya menyatakan suasana dan situasi yg dirasai oleh rakyat biasa. memandangkan suara partisan pilihan saudara adalah di sebelah pakatan, maka ‘rakyat’ yg dilaung2kan oleh mereka patut diutamakan. tapi apa yg dialami oleh ‘rakyat’ di kesemua negeri pakatan ketika ini?

pakatan gagal mentadbir negeri segagal2nya. malah ‘par’ yg saya letakkan, iaitu perolehan negeri sabah dan sarawak, pun mereka gagal tandingi. padahal di negeri selangor dan penang sudah pun tersedia prasarana dan pelaburan yg lengkap. semua disediakan oleh kerajaan terdahulu. malah selangor sudahpun berjaya menjadi negeri maju dan perolehan negeri yg mantap sebelum 2008. tetap juga gagal ditadbirurus dgn baik oleh kerajaan pakatan.

maaf, mungkin saya terlalu bersuara seperti rakyat malaysia. saya patut bersuara seperti warga malaysia di luar negara, maka selayaknya saya untuk mengutuk dan menghina negara saya sendiri. tahniah la kalau begitu.

lan,

ini adalah hujah berdasarkan isu. ia bukan hanya berpaksikan anti-bn.

Berbalik kepada perkara pokok, hampir kesemua masalah-masalah yang salleh majid sebut berpunca daripada polisi kerajaan, bukan pasaran besar. Masalah negara Greece sendiri adalah disebabkan perbelanjaan kerajaan yang tak terkawal. Krisis di Greece adalah kerana kerajaan tak mampu membayar hutang yang ditanggung untuk membiayai perbelanjaan mereka. Namun, Salleh Majid menyalahkan pasaran bebas. Mengapa menyalahkan sistem pasaran bebas apabila kerajaan sendiri yang meminjam, berbelanja and kemudian bankrap?

Saya telah menunjukkan bagaimana kerajaan menjadi punca kepada masalah-masalah lain.

Saudara pula hanya menggunakan retorik sahaja tanpa fakta. Kalau hendak berhujah, cuba buktikan bagaimana masalah-masalah yang disebut Salleh Majid itu kebanyakannya berpunca daripada pasaran bebas.

Sebelum itu berlaku, jangan tuduh saya sebagai tidak rasional dan menuduh saya sebagai tidak tahu ekonomi. Periksa latar belakang saya dahulu sebelum membuat tuduhan sesuka hati.

Apa yang Datuk Salleh Majid cakap memang betul..tiada yang mengarut..Yang mengarutnya sistem kapitalis..sistem yang menghancurkan dunia sekarang ini..jadi bila nak berhujah..hujah pada isu..jangan cakap pasal sisem kapitalis yang bertuhankan duit!!!Jangan berhujah berdasarkan politik!!hujah pada sistem kapitalis!!

Kalau tak reti pasal ekonomi lebih baik diam sahaja dari bercakap pasal ekonomi.Sistem kapitalis memang menyebabkan seluruh dunia melingkup sekarang nie..janganlaa nak lindungi sistem ini…dah memang sah ia tidak betul..

Hutang dan menggalakkan penipuan inilah asas sistem kapitalis..jadi diluar sana ramai yang setuju sistem kapitalis yang menyebabkan dunia hancur..hanya yang dangkal sahaja yang tidak bersetuju…jangan terlalu taksub nak jatuhkan barisan nasional sampai tidak menjadi rasional!!!

Leave a Reply to Amin Ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.