Baring sebentar di atas permaidani;
terfikir sejenak tentang kehidupan;
sibuk mengejar harta dan nama;
mula terasa kebosanan hidup.
Teringat kembali turunnya salji;
sungguh tenang melihat ke luar;
masih segar di dalam ingatan;
bermimpi tentang ketenangan hidup.
Sedih mengenang kebebasan dahulu;
mahu kembali ke masa lepas;
biru langit di musim bunga;
terbang tanpa belenggu di kaki.
Malangnya hidup di menara tinggi;
Bagaimanakah ini yang dicitakan dahulu?
Tolong! Ku rindu tumbuhan menghijau;
Semangat luntur setelah berpisah.
One reply on “[1151] Mengenai merindui kehijauan kebebasan”
sakit hati ku lihat pencemaran and
premodenan negara’ memusnahkan muka bumi kita ni.