Categories
Liberty

[996] Mengenai jangan gunakan akal fikiran

Akhir-akhir ini, Project Petaling Street penuh dengan tulisan-tulisan tentang Islam and kebebasan. Saya sendiri telah meluahkan rasa hati saya tentang kod pakaian yang diperkenalkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu baru-baru ini.

Apabila PPS mula dibanjiri dengan rencana-rencana “cut and paste” dan kata-kata kesat oleh seorang Muslim konservatif tempatan, saya terperasan satu perkara yang ditonjolkan oleh laman web terbarunya, Jundullah:

Fair use. Screenshot.

Sekali imbas, rencana itu amat membencikan manusia yang menggunakan akal fikiran. Jika semua masyarakat berfikiran demikian, akan mundur satu dunia. Saya pasti, tiada keraguan di situ. Jika semua masyarakat Islam telah menerima saranan rencana itu, tidak hairanlah mengapa dunia Islam telah lama ditinggalkan kebelakang lagi jauh.

Sebelum saya menamatkan penulisan pendek ini, perlulah dinyatakan bahawa rencana itu sendiri tidak ditulis oleh pemilik laman Jundullah.

By Hafiz Noor Shams

For more about me, please read this.

2 replies on “[996] Mengenai jangan gunakan akal fikiran”

Bukankah perkataan-perkataan “fahaman/ajaran nenek moyang” telah digunakan oleh kaum Quraish semasa Rasulullah datang membawa ajaran Islam? Apa yang ditulis (ataupun dicut and paste) boleh dikatakan tidak masuk akal.

Adakah penulis menggalakkan kita untuk menjadi mayat hidup (zombie), yang tidak menggunakan akal?

Post-scriptum: Artikel tersebut seolah-olah satira… mungkin?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.