Ibrahim Ali fikir kerana Parlimen negara Malaysia dipenuhi dengan ahli-ahli Parlimen rakyat Malaysia berbangsa Melayu, satu kerajaan Melayu yang eksklusif boleh dibentuk. Berdasarkan premis itu, dia menyatakan bahawa kerajaan “sepatutnya memenuhi apa sahaja yang menjadi kehendak Melayu kerana mereka adalah majoriti dan bukan asyik bertolak ansur dengan bukan Melayu.”[1]

Walaupun benar ahli Parlimen berbangsa Melayu merupakan kumpulan majoriti di dalam Parlimen (atau secara tepatnya Dewan Rakyat) jika kita melihat dari segi warna kulit, Ibrahim Ali gagal memahami realiti politik di negara ini. Mata masih terlelap walaupun berjalan di tepi tebing curam yang tinggi. Angin mampu menolaknya jatuh ke bawah.

Angin yang sama juga mampu meruntuhkan premisnya yang goyah.

Bukan semua orang Melayu percaya kepada perjuangan kolot Ibrahim Ali itu. Atas dasar itu, kerajaan Melayu Ibrahim Ali itu tidak akan boleh dibentuk di atas bumi yang nyata.

Ibrahim Ali, seorang ahli politik yang ketinggalan zaman, gagal memahami bahawa bangsa Melayu — malah mana-mana bangsa sekalipun — tidak boleh dilihat sebagai satu kumpulan yang monolitik. Ini dirasionalkan melalui kewujudan kepelbagaian pendapat di kalangan individu-individu. Setingkat ke atas, terdapat kumpulan-kumpulan yang berbeza pendapat di antara satu sama lain. Ini boleh dibuktikan dengan mudah dengan melihat komposisi Dewan Rakyat: ahli-ahli Dewan Rakyat berbangsa Melayu secara amnya terbahagi kepada sekurang-kurangnya tiga parti politik, iaitu PAS, PKR dan UMNO.

Berapa ramai ahli-ahli Dewan Rakyat berbangsa Melayu mahu bersama-sama membentuk kerajaan Ibrahim Ali itu? Mampukan Melayu-Melayu yang memikul perjuangan perkauman itu memenangi undi di Dewan Rakyat dengan sendiri?

Mengambil kira golongan ahli Dewan Rakyat kerakyatan Malaysia termasuk yang berbangsa Melayu yang menolak pemikiran lama yang diterima pakai oleh Ibrahim Ali, secara yakinnya jawapannya tidak sama sekali.

Dengan jolokkan ini sahaja, retorik — dan bukan logik; tiada logik mempertahankan kata-kata Ibrahim Ali itu; hanya kata-kata berapi yang kosong — Ibrahim Ali berjaya dipatahkan.

Satu kerajaan yang diwakili semata-mata oleh orang Melayu yang mahu duduk semeja dengan Ibrahim Ali tidak akan terbentuk. Malah, siapakah yang mahu duduk semeja dengan pengkhianat politik yang sentiasa melompat parti politik kerana kepentingan peribadi?

Jangan terjerit-jerit akan perjuangan bangsa apabila jelas diri itu sendiri tamakkan kuasa!

Oleh itu, wahai ahli Parlimen Ibrahim Ali, janganlah bermimpi basah tentang ideologi perkauman yang sempit lagi keji. Premis anda salah, lemah dan tidak mampu dipertahankan. Maka, kesimpulan anda tersasar ke pahit di tepi jalan tanah merah.

Inilah kualiti salah seorang ahli Parlimen kita! Memalukan!

Mohd Hafiz Noor Shams. Some rights reserved Mohd Hafiz Noor Shams. Some rights reserved Mohd Hafiz Noor Shams. Some rights reserved

[1] — KUALA LUMPUR 14 April — Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.

Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.

Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Melayu dalam hal ini perlu sedar yang sesebuah kerajaan itu boleh sahaja untuk tidak ”˜melayan’ tuntutan mereka.

Katanya, jumlah kerusi terbanyak di Parlimen adalah milik Melayu dan ia cukup untuk membentuk sebuah kerajaan berasaskan wakil rakyat Melayu semata-mata di negara ini.

Katanya, justeru, dari segi politiknya kerajaan itu sepatutnya memenuhi apa sahaja yang menjadi kehendak Melayu kerana mereka adalah majoriti dan bukan asyik bertolak ansur dengan bukan Melayu. [Bangkitlah Melayu. Utusan Malaysia. April 14 2009]

5 Responses to “[1950] Mengenai Ibrahim Ali yang bercakap tanpa berfikir”

  1. on 16 Apr 2009 at 11:36 afif

    Ibrahim fasis!

  2. on 16 Apr 2009 at 13:39 DeePo

    smack racism!

  3. on 17 Apr 2009 at 09:04 umiQ

    Hafiz, sangat bersetuju dgn anda. Sangat sangat memalukan mempunyai YB berfikiran sempit dan kolot sebegini.

  4. […] vague definition haphazardly provided by the new PM. Suffice to say, Utusan Malaysia took a very racial position on the […]

  5. on 24 Mar 2010 at 14:22 Saadiah Yaakoc

    apa pun kita satukan melayu yang semuanya beragama Islam…

    mengambil berat tentang bangsa bukan bererti kita racist.

    Kerajaan Melayu bodoh ni yang bagi aku scholarship…

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

*