Categories
Liberty Politics & government

[1381] Mengenai Utusan yang nakal

Utusan hari ini menyentuh tentang rakaman video yang didedahkan oleh Parti Keadilan Rakyat beberapa hari lalu. Di dalam laporan itu:

PUTRAJAYA 21 Sept. — Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, polis perlu menyiasat segera dakwaan kewujudan klip video yang menunjukkan seorang peguam kanan sedang bercakap dengan seseorang berhubung pelantikan hakim-hakim di negara ini. [Klip video: PM arah siasat. Utusan Malaysia. September 22 2007]

Perhatian harus diberikan kepada frasa ini: dakwaan kewujudan klip video. Adakah Utusan Malaysia sedang cuba memberi gambaran bahawa klip tersebut tidak wujud?

Tambahan lagi, Perdana Menteri yang dikasihi berkata:

Beliau berkata, langkah itu penting bagi menentukan sama ada klip video berkenaan boleh dipercayai atau tidak.

“Klip video dan transkripnya telah dihantar ke pejabat saya. Soalnya, adakah ia betul dan boleh dipercayai?

“Ini yang penting kerana video itu menunjukkan seorang peguam bercakap seorang diri sahaja. Lagi seorang kita tidak tahu siapa yang bercakap,” kata Abdullah pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Suruhanjaya Polis ke-71 di sini hari ini. [Klip video: PM arah siasat. Utusan Malaysia. September 22 2007]

Adakah PM percaya yang peguam itu bercakap seorang diri sahaja?