Ahli Parlimen Tony Pua berjaya menanyakan soalan yang dekat dengan hati seorang libertarian beraliran minarkisme:
Ekonomi Malaysia sekarang amat bergantung kepada penggunaan kerajaan ataupun “public sector spending”, berbanding dengan negara-negara di Asia. Mengikut perangkaan daripada Merrill Lynch, sumbangan penggunaan keraajaan di Malaysia adalah sebanyak 24 peratus, berbanding dengan Taiwan 15%, Singapura 14%, Thailand 12% dan Hong Kong 10%. Pergantungan ekonomi Malaysia kepada sumbangan kerajaan adalah tidak sihat dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan supaya sumbangan penggunaan yang lain dapat ditingkatkan? [My First Supplementary Question! Philosophy Politics Economics. May 13 2008]
Beliau berjanji untuk menerangkan lebih lanjut tentang jawapan yang diterima beliau dari Timbalan Menteri Kewangan esok setelah Hansard dikeluarkan oleh pihak Parlimen.

p/s — Tony Pua berkongsi dengan para pembaca tentang jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri:
Apabila kita melihat dari segi GNP, kita melihat dari 2 sudut. Satu dari sudut output ataupun pengeluaran yang ini sumbangan dari sektor-sektor industri dan sektor-sekto industri sebagaimana kita maklum sektor perkhidmatan telah meningkat tinggi. Ini bermakna faktor key yang utama dalam pembangunan negara kita. Dari segi rancangan Malaysia, sektor perkhidmatan sekarang yang menymbang lebih kurang 53% kepada KDNK telah meningkat 59% pada tahun 2020 itu target negara kita.
Kemudian kita melihat dari sudut GNP dari sudut perbelanjaan. Perbelanjaan seperti mana yang saya nyatakan tadi, perbelanjaan swasta dari segi konsumer begitu tinggi iaitu pembelian dan pelaburan. Buat masa ini kita masih bergantung kepada kerajaan kerana kita sebuah negara ekonomi yang sedang membangun jadi kita perlu input-input kerajaan sebagaimana yang saya nyatakan tadi dalam RMK ke-9, kita belanja lebih kurang dalam RM40 bilion pada tahun 2007 dan seterusnya dalam koridor raya nanti kita akan laksanakan perbelanjaan lagi. Ini kita nampak perbelanjaan oleh pihak swasta lebih banyak dan tinggi berbanding dengan pihak kerajaan.
Di samping itu, kos ke 3 iaitu dari segi ekspot dan impot negara kita. Pada tahun ini, net ekspot negara kita hanya 0.7% dan ini dijangka akan level pada tahun hadapan kerana sepertimana kita tahu terjadinya re-section di dunia dan ia jadi leveling. [My First Supplementary Question! Philosophy Politics Economics. May 13 2008]
Yang pastinya, soalan tentang apa yang kerajaan akan lakukan untuk mengurangkan perbelanjaan awam tidak terjawab.
Saya tertarik dengan ayat berikut: “Buat masa ini kita masih bergantung kepada kerajaan kerana kita sebuah negara ekonomi yang sedang membangun jadi kita perlu input-input kerajaan…”
Saya tidak bersetuju dengan pendapat itu tetapi saya tidak berhasrat untuk membincangkan mengapa saya berpendapat sedemikian kerana saya kesuntukan masa untuk membincangkan perkara yang berat.
Walau bagaimanapun, nampaknya, pemikiran Keynesianisme masih lagi kuat di dalam kerajaan kita. Saya telah menyangkakan bahawa para Keynesian sedang ditendang keluar dari kerajaan tetapi malangnya, kesimpulan itu dibuat secara terburu-buru. Pembatalan perbelanjaan awam itu mungkin hanya satu permainan politik dan bukannya pengeseran dasar yang jujur.
One reply on “[1647] Mengenai adakah Tony Pua seorang minarkis?”
Saya tidak terkejut langsung. Saya selalulah fikir kerajaan BN ini sangat menggemari dasar-dasar Keynesian – kan semua dasar ekonomik kita berasas pada kerajaan? Rancangan Malaysia, DEB – semua dasar ini berpredikat pada tindakan kerajaan. Saya berpendapat kerajaan BN hanya suka guna dasar berasas laissez faire apabila “convenient” bagi mereka.