John Kerry, seorang calon Demokrat untuk kerusi Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2004 pernah dituduh sebagai calon yang sering menukar fikiran. Mereka yang menentang pencalonannya dengan mudah melabelkan ahli Demokrat itu sebagai tidak berpendirian. Jawapan Kerry terhadap satu soalan mengenai pembiayaan perang setinggi USD87 billion di Kongress masih lagi berdengung di gegendang telinga: “Saya sokong cadangan USD87 billion itu sebelum saya menentangnya” (I actually did vote for the $87 billion before I voted against it). Kata-katanya itu menjadi tema tidak rasmi kempennya yang gagal. Walaupun Lautan Pasifik memisahkan dua negara yang berkongsi jalur merah-putih ini, pentadbiran Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tidak jauh berbeza dengan John Kerry dari segi keyakinan pendirian.
Beberapa contoh perlu diberi untuk menguatkan persamaan itu dan peristiwa pembatalan pembinaan jambatan untuk mengantikan Tambak Johor ada untuk diimbas kembali. Pada mulanya, pentadbiran negara ini beria-ia untuk memulakan pembinaan jambatan itu walaupun tanpa persetujuan daripada negara jiran Singapura. Saya adalah seorang daripada mereka yang menyokong pembinaan jambatan itu atas beberapa sebab. Malah, saya juga menyokong Malaysia untuk tarik diri daripada perbincangan mengenai jambatan itu kerana pilihan yang tersedia di dalam pertemuan itu kurang berupaya mengatasi pulangan yang wujud di luar. Setelah menyedari akan kenyataan itu, kerajaan Malaysia memulakan kerja-kerja awal pembinaan jambatan. Beberapa minggu kemudian bagaimanapun, pembinaan dibatalkan dengan mengejutnya. Saya berasa amat kecewa akan keputusan itu yang dicapai seolah-olah oleh seorang remaja wanita yang mengalami haid. Yang lebih menyakitkan hati, duit rakyat sebanyak RM100 juta terpaksa dibayar kepada satu syarikat yang terlibat di dalam pembinaan jambatan itu sebagai pampasan ganti rugi. Ini tidak termasuk malu yang ditanggung oleh Malaysia akibat keputusan kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Jikalau pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi tidak bersedia untuk membina jambatan itu dari awal, tidak perlulah mereka memberi janji-janji palsu. Saya percaya, saya mampu menerima keputusan “tidak” dengan baik jika ia dilakukan dari awal lagi. Saya jamin, ramai yang bersependapat dengan saya mengenai perkara ini.
Satu lagi contoh menyentuh penjualan sebahagian daripada saham Proton kepada Volkswagen. Saya secara amnya menyokong dasar-dasar liberalisasi. Tarian mengacah yang berlaku di meja rundingan seperti yang disampaikan oleh media massa bagaimanapun tidak membantu menerangkan keadaan. Seperti iklan biskut Chipsmore, sekejap ada, sekejap tiada. Kemudiannya, kerajaan melalui Khazanah Nasional Berhad membuat keputusan untuk menarik diri daripada meja bulat setelah pembincangan penjualan itu berlangsung dengan baik.[1] Ini menguatkan lagi corak yang disaksikan di sekitar isu jambatan pengantian Tambak Johor: pendirian yang goyah. Ini mengugat segala keyakinan yang ada di dalam seseorang kepada kerajaan.
Ini sangat berbeza dengan cara pemerintahan PM Mahathir Mohamed yang tegas. Oleh sebab inilah saya percaya bahawa 50 tahun akan datang, tiada siapa akan mengingati PM Abdullah Ahmad Badawi.
Selain jambatan dan Proton, bagai lalang ditiup angin, dasar yang dibuat semata-mata melalui budi bicara yang merosakkan reputasi negara kelihatan di projek landasan keretapi berkembar. Pentadbiran sebelumnya memulakan projek tersebut hanya untuk dibatalkan, atau ditanggungkan oleh pentadbiran kini. Kata kerajaan, membazir; defisit pembelanjaan negara yang besar.[2] Apabila Rancangan Malaysia Ke-9 dilancarkan, tidaklah pula PM memikirkan tentang defisit. Oh ya, setelah beberapa tahun kemudian, projek itu dilancarkan kembali.[3] Janganlah kita lupa pula tentang bagaimana Ircon dari India dipermainkan oleh kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional semasa pemberian kontrak landasan berkembar itu.[4]
Pola pemerintahan yang gemar menggunakan budi bicara ini hanya memikirkan apa yang berlaku dijangka masa yang terdekat tanpa menghiraukan kesan jangka masa panjang. Siapa yang akan mempercayai Malaysia apabila kita selalu gagal dan cuba untuk melarikan diri daripada memenuhi kata-kata kita? Jika ini berterusan, janji Malaysia akan kehilangan nilai.
Jadi, apabila PM menyatakan bahawa beliau bukan pemimpin separuh jalan[5], sukar untuk saya mempercayai beliau. Saya menjemput para pembaca untuk menilai rekod pentadbiran ini dengan mata dan telinga sendiri dan tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh PM tanpa usul periksa. Rekod dengan jelas menunjukkan bahawa PM ini memandu kereta ke satu arah dan kemudian patah balik ke belakang tanpa tiba di destinasi yang dijanjikan. Atas sebab inilah, bagi saya, kata-kata PM tiada nilai lagi.
[1] — FRANKFURT/KUALA LUMPUR, Nov 20 (Reuters) – Malaysia and Volkswagen (VOWG.DE), the world’s fourth-largest carmaker, have ended talks aimed at setting up a cooperation deal with struggling national carmaker Proton Holdings (PROT.KL).
It was the second time in two years that VW-Proton talks over cooperation have ended without a deal, but VW said it still planned to build up a production base in Southeast Asia.
Malaysia announced on Tuesday that it would no longer look for a foreign partner for the ailing Proton for now and added that state investment firm Khazanah Nasional had stopped its talks with both VW and U.S. rival General Motors (GM.N). [Malaysia ends talks with VW, GM over Proton. Reuters. November 20 2007]
[2] — On his move to cancel or postpone certain mega projects after becoming prime minister, Abdullah said it was because the government was facing a deficit budget at that time. [Rules eased to woo foreigners yet help Bumis. New Straits Times. December 5 2007]
[3] — He said some of the projects were being revived, citing the double-tracking project as an example. [Rules eased to woo foreigners yet help Bumis. New Straits Times. December 5 2007]
[4] — New Delhi – Malaysia has re-issued an invitation to the Indian Railway Construction Company (IRCON) to participate in the double tracking railway project from Seremban to Gemas.
The invitation by Prime Minister Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi was handed personally to Indian Prime Minister, Manmohan Singh by Foreign Minister, Datuk Seri Syed Hamid Albar who is attending the Malaysia India joint commission meeting in New Delhi.
Commercial relations between Malaysia and India hit a sour note in 2003 after Malaysia denied IRCON the USD$3.4 billion double-tracking contract despite having issued a letter of intent to the company. [Malaysia re-issued an invitation to IRCON for the double tracking railway project. RTM. February 17 2007]
[5] — PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, semua janji yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004 sedang dilaksanakan dan ia mengambil masa lebih daripada sepenggal untuk disempurnakan.
Sambil menyatakan beliau bukan pemimpin separuh jalan, Perdana Menteri berkata, segala perancangan kini berjalan lancar dan negara sudah memasuki fasa kedua pelaksanaan program pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. [Saya bukan pemimpin separuh jalan: Abdullah. Berita Harian. December 11 2007]
2 replies on “[1471] Mengenai pemimpin separuh jalan”
[…] been grossly violated. Worse, the Constitution could be amended according to Prime Minister’s mood of the day, whenever he is not sleeping. A case in point: the extension of the retirement age of the EC […]
[…] could escape the burden of being consistent. I would imagine the Badawi administration with its incoherent policies would love […]