{"id":977,"date":"2006-11-19T10:42:59","date_gmt":"2006-11-19T02:42:59","guid":{"rendered":"http:\/\/maddruid.com\/?p=977"},"modified":"2006-11-20T09:26:47","modified_gmt":"2006-11-20T01:26:47","slug":"973-mengenai-pengkhianat-bangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/maddruid.com\/?p=977","title":{"rendered":"[973] Mengenai pengkhianat bangsa"},"content":{"rendered":"<p>Kadang-kala, terguris rasanya hati ini mendengar rakan-rakan memanggil diri ini sebagai pengkhianat bangsa. Walaupun terasa, aku tidak berminat untuk menukar pendirianku hanya kerana perasaanku tercabar. Aku percaya, perasaanku tidak setanding fikiranku. Selagi dasar-dasar penindasan masih berdiri tegak dengan angkuhnya, selagi tidak diyakinkan kepada ku dasar-dasar penindasan itulah yang terbaik untuk tanahair ini, untuk alam ini, selagi itu akan aku mempertahankan pemikiranku. Walaupun jatuh tertumbuk serta keris terbenam di perut, darah Melayu mengalir di tangan Melayu.<\/p>\n<p>Bagi ku, bukan susah untuk membezakan sesuatu yang jelas buruk daripada yang baik. Hanya kematangan fikiran dan kejujuran sahaja diperlukan untuk mengenali perbezaan di antara dua itu. Jika seseorang itu melakukan sesuatu kesalahan dengan sengaja mahupun tidak, terutamanya jika seseorang itu adalah seorang pemimpin, tegurlah. Janganlah kita menyorokkan kesalahannya, merasakan seolah-olah, kerana beliau pemimpin bangsa, beliau perlu dipertahankan. Beliau juga hanya manusia biasa. Bila pula beliau dilantik menjadi rasul, bebas dari kesilapan?<\/p>\n<p>Janganlah engkau berkata kepada aku yang kita Melayu, kita perlu mempertahankan pemimpin-peminpin Melayu, walau apapun yang berlaku. Janganlah engkau berkata, kita Melayu, kita perlu taat kepada pemimpin demi bangsa. Tidakkah engkau sedar yang ketaatan yang buta membawa padah?<\/p>\n<p>Lihatlah Tuah. Lihatlah bagaimana dia sanggup melupakan segala yang tidak adil, demi raja. Sanggupkan engkau membutakan matamu kepada semua yang tidak adil demi ketaatan kepada pemimpin bangsa?<\/p>\n<p>Pada ku, Jebat jauh lebih hebat. Pada ku, raja adil disembah, raja zalim disanggah.<\/p>\n<p>Apabila aku melantik memimpin, aku bukannya menjual maruahku kepadanya. Aku melantik memimpin untuk melakukan perkara yang aku mahu dilaksanakan. Bodohlah aku jika aku menjadi seekor lembu yang ditarik hidungnya oleh tuannya untuk dikorbankan, taat sehingga terlambat untuk menukar fikiran.<\/p>\n<p>Mungkin engkau akan berkata, &#8220;tetapi tidakkah engkau sedar ada di antara ahli-ahli bangsa-bangsa yang lain yang mahu melemahkan Melayu, yang benci Melayu. Yang engkau memecah-belahkan Melayu dengan tidak menyokong pemimpin bangsa? Yang bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.&#8221;<\/p>\n<p>Aku mengakui yang itu benar, ada yang membenci Melayu. Tetapi jawapan kepada kebencian bukannya kebencian. Sifat benci-membenci hanya akan memburukkan lagi keadaan yang sedia keruh. Dan aku bersejutu, kita perlu bersatu untuk menjadi kuat. Tetapi biarlah kita bersatu di pihak yang benar. Tiada gunanya bersatu tetapi salah. Jika pemimpin itu gagal, ketepikanlah. Apabila pemimpin itu gagal, itulah masanya kita memerlukan orang yang baru. Jika benar engkau sayang kepada bangsa ini lebih daripada ku, kenapakah engkau patuh kepada ketuamu yang telah gagal membangunkan bangsamu? Yang menggagalkan bangsamu? Bangsamu dan bangsaku akan gagal jika pemimpin yang gagal itu dibenarkan untuk terus melakukan kegagalan tanpa segan silu. Aku lebih rela berpecah dari terus jatuh tersungkur kerana kita enggan berubah.<\/p>\n<p>Bercakap tentang bersatu, ketaatan kepada bangsa tidak bermaksud ketaatan kepada pemimpin. Pemimpin yang mahu engkau percaya kepada sebaliknya hanya berminat tentang dirinya, bukan bangsa. Mengapa pula engkau percaya pemimpin-pemimpin itu membantu Melayu apabila Melayu di kampung masih miskin tapi dirinya sendiri semakin hari semakin kaya?<\/p>\n<p>Percayakah engkau kepada pemimpin-pemimpinmu itu yang hari demi hari, berteriak tentang hak-hak Melayu, tapi hanya rakan-rakan mereka yang telah kaya dibantu? Adakah engkau percaya yang dengan membantu Melayu-melayu yang kaya ini, Melayu-melayu yang miskin akan terbantu secara serentak?<\/p>\n<p>Jika ya jawapanmu, maka tergamanlah aku. Tidakkah engkau sedar yang apa yang miskin terima hanya serbuk-serbuk roti, bukan roti itu sendiri? Aku fikir, jika benarlah kita hendak membantu yang miskin, tidak kiralah warna kulit, kita berikan yang miskin roti itu, bukannya serbuk-serbuk halus. Serbuk itu hanyalah sisa. Fahamkah engkau apakah itu sisa?<\/p>\n<p>Mungkin aku terlampau kuat mendokong kebebasan pasaran dan tidak yakin akan tindakan-tindakan sosialis kurang percaya kepada dasar-dasar kebebasan. Tetapi, sekurang-kurangnya, apabila para sosialis ini berkata tentang pembasmian kemiskinan, mereka memberikan bantuan secara terus kepada yang miskin, bukan melalui yang kaya. Sekurang-kurangnya, para sosialis itu menghadiahkan makanan yang segar kepada yang miskin, bukannya sisa. Sekurang-kurangnya, para sosialis ini jujur dan tahu kebodohan di sebalik alasan-alasan serbuk-serbuk halus itu. Sekurang-kurangnya, para sosialis ini tahu apa itu penipuan apabila mereka melihatnya. Ini membolehkan aku menghormati para sosialis itu lebih dari mu. Kejujuran itu sendiri membolehkan aku menghormati para sosialis itu lebih dari mu.<\/p>\n<p>&#8220;Ya. Kita mesti taat kepada pemimpin-pemimpin bangsa kita. Endahkanlah serangan-serangan itu. Melayu-melayu ini bagaikan kacang lupakan kulit. Mereka hanya berbohong tentang dakwaan penipuan itu. Tidak mungkin pemimpin-pemimpin kita menipu kita. Mustahil! Engkau pengkhianat! Pengkhianat bangsa! Kita perlu menyokong pemimpin-pemimpin kita walau apa pun!&#8221;<\/p>\n<p>Jika ketaatan yang engkau minta adalah buta, maka banggalah aku digelar pengkhianat. Aku lebih rela engkau mempersoalkan ketaatanku daripada suara hati aku mempersoalkan kejujuranku. Kebenaran merentasi semua, termasuk Tuah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kadang-kala, terguris rasanya hati ini mendengar rakan-rakan memanggil diri ini sebagai pengkhianat bangsa. Walaupun terasa, aku tidak berminat untuk menukar pendirianku hanya kerana perasaanku tercabar. Aku percaya, perasaanku tidak setanding fikiranku. Selagi dasar-dasar penindasan masih berdiri tegak dengan angkuhnya, selagi tidak diyakinkan kepada ku dasar-dasar penindasan itulah yang terbaik untuk tanahair ini, untuk alam ini, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[10,4],"tags":[],"class_list":["post-977","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-economics","category-liberty"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/maddruid.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/977","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/maddruid.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/maddruid.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/maddruid.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/maddruid.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=977"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/maddruid.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/977\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/maddruid.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=977"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/maddruid.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=977"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/maddruid.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=977"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}