{"id":1718,"date":"2008-07-05T20:10:36","date_gmt":"2008-07-05T12:10:36","guid":{"rendered":"http:\/\/maddruid.com\/?p=1718"},"modified":"2009-02-28T23:57:51","modified_gmt":"2009-02-28T15:57:51","slug":"1712-mengenai-kembali-kepada-agama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/maddruid.com\/?p=1718","title":{"rendered":"[1712] Mengenai kembali kepada agama"},"content":{"rendered":"<p>Kesesakan lalu lintas adalah satu kebiasaan bagi Lebuhraya Persekutuan. Kehadiran pemandu-pemandu yang tidak sopan yang sentiasa memotong barisan juga tidak asing. Tambahan lagi, Jumaat semalam bagi saya merupakan satu hari yang dipenuhi dengan permintaan yang tidak munasabah langsung. Mujurlah ada radio sebagai teman yang sentiasa cuba mengalihkan perhatian saya daripada sumber-sumber yang menimbulkan kemarahan. Di radio terpasang frekuensi 93.9FM. Radio 24 yang dikendalikan oleh Bernama sedang menimbangi pandangan orang ramai tentang cara mengatasi kos sara diri yang meningkat dan salah seorang yang berkongsi pendapat berjaya menghiburkan hati saya yang gelisah.<\/p>\n<p>Pengacara bertanya, &#8220;Ya, bagaimanakah encik mengatasi peningkatan harga-harga makanan serta minyak?&#8221;<\/p>\n<p>Dengan yakinnya, dia menjawab, &#8220;Kita mesti kembali kepada agama.&#8221;<\/p>\n<p>Sebelum ini, ada pandangan-pandangan yang boleh diterima pakai. Seorang penelefon berkata rakyat tidak perlu panik dan patut terus berbelanja untuk menjana ekonomi negara semasa kesihatan ekonomi terancam. Seorang penyokong Keynesianisme, mungkin.<\/p>\n<p>Ada yang berpendapat yang inilah masanya untuk kita melipat-gandakan usaha untuk menambahkan pendapatan. Seorang lagi menyaran supaya rakyat meneliti perbelanjaan seharian dengan menyediakan bajet tahunan. Perbelanjaan yang kurang penting haruslah dipotong.<\/p>\n<p>Boleh dikatakan rata-rata, kebanyakan pendapat yang dikongsi biasa didengari, kecuali apabila agama ditawarkan sebagai ubat kepada kos sara hidup yang tinggi.<\/p>\n<p>Pengacara rancangan radio itu jelas kurang berpuas hati dengan pandangan itu dan kemudiannya meminta penjelasan lanjut tentang pendapat kembali-kepada-agama.<\/p>\n<p>Tanpa teragak-agak, jawapan yang diberi: &#8220;Ini semua satu cubaan daripada Allah.&#8221; Dia berasa jika kita bersungguh-sungguh yakin dengan Allah, semua masalah ini akan dapat diselesaikan.<\/p>\n<p>Bagus. Teruskan berdoa tanpa melakukan apa-apa. Buatlah sembahyang hajat dan yakinlah dengan hebat yang agamalah penyelesaian kepada masalah kamu. Tuhan akan menjawab doamu! Yakinlah!<\/p>\n<p>Hahaha. Komedi hari Jumaat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kesesakan lalu lintas adalah satu kebiasaan bagi Lebuhraya Persekutuan. Kehadiran pemandu-pemandu yang tidak sopan yang sentiasa memotong barisan juga tidak asing. Tambahan lagi, Jumaat semalam bagi saya merupakan satu hari yang dipenuhi dengan permintaan yang tidak munasabah langsung. Mujurlah ada radio sebagai teman yang sentiasa cuba mengalihkan perhatian saya daripada sumber-sumber yang menimbulkan kemarahan. Di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[58],"class_list":["post-1718","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-humor","tag-religion"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/maddruid.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1718","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/maddruid.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/maddruid.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/maddruid.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/maddruid.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1718"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/maddruid.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1718\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2593,"href":"https:\/\/maddruid.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1718\/revisions\/2593"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/maddruid.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1718"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/maddruid.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1718"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/maddruid.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1718"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}