Kadang-kala, terguris rasanya hati ini mendengar rakan-rakan memanggil diri ini sebagai pengkhianat bangsa. Walaupun terasa, aku tidak berminat untuk menukar pendirianku hanya kerana perasaanku tercabar. Aku percaya, perasaanku tidak setanding fikiranku. Selagi dasar-dasar penindasan masih berdiri tegak dengan angkuhnya, selagi tidak diyakinkan kepada ku dasar-dasar penindasan itulah yang terbaik untuk tanahair ini, untuk alam ini, selagi itu akan aku mempertahankan pemikiranku. Walaupun jatuh tertumbuk serta keris terbenam di perut, darah Melayu mengalir di tangan Melayu.

Bagi ku, bukan susah untuk membezakan sesuatu yang jelas buruk daripada yang baik. Hanya kematangan fikiran dan kejujuran sahaja diperlukan untuk mengenali perbezaan di antara dua itu. Jika seseorang itu melakukan sesuatu kesalahan dengan sengaja mahupun tidak, terutamanya jika seseorang itu adalah seorang pemimpin, tegurlah. Janganlah kita menyorokkan kesalahannya, merasakan seolah-olah, kerana beliau pemimpin bangsa, beliau perlu dipertahankan. Beliau juga hanya manusia biasa. Bila pula beliau dilantik menjadi rasul, bebas dari kesilapan?

Janganlah engkau berkata kepada aku yang kita Melayu, kita perlu mempertahankan pemimpin-peminpin Melayu, walau apapun yang berlaku. Janganlah engkau berkata, kita Melayu, kita perlu taat kepada pemimpin demi bangsa. Tidakkah engkau sedar yang ketaatan yang buta membawa padah?

Lihatlah Tuah. Lihatlah bagaimana dia sanggup melupakan segala yang tidak adil, demi raja. Sanggupkan engkau membutakan matamu kepada semua yang tidak adil demi ketaatan kepada pemimpin bangsa?

Pada ku, Jebat jauh lebih hebat. Pada ku, raja adil disembah, raja zalim disanggah.

Apabila aku melantik memimpin, aku bukannya menjual maruahku kepadanya. Aku melantik memimpin untuk melakukan perkara yang aku mahu dilaksanakan. Bodohlah aku jika aku menjadi seekor lembu yang ditarik hidungnya oleh tuannya untuk dikorbankan, taat sehingga terlambat untuk menukar fikiran.

Mungkin engkau akan berkata, “tetapi tidakkah engkau sedar ada di antara ahli-ahli bangsa-bangsa yang lain yang mahu melemahkan Melayu, yang benci Melayu. Yang engkau memecah-belahkan Melayu dengan tidak menyokong pemimpin bangsa? Yang bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.”

Aku mengakui yang itu benar, ada yang membenci Melayu. Tetapi jawapan kepada kebencian bukannya kebencian. Sifat benci-membenci hanya akan memburukkan lagi keadaan yang sedia keruh. Dan aku bersejutu, kita perlu bersatu untuk menjadi kuat. Tetapi biarlah kita bersatu di pihak yang benar. Tiada gunanya bersatu tetapi salah. Jika pemimpin itu gagal, ketepikanlah. Apabila pemimpin itu gagal, itulah masanya kita memerlukan orang yang baru. Jika benar engkau sayang kepada bangsa ini lebih daripada ku, kenapakah engkau patuh kepada ketuamu yang telah gagal membangunkan bangsamu? Yang menggagalkan bangsamu? Bangsamu dan bangsaku akan gagal jika pemimpin yang gagal itu dibenarkan untuk terus melakukan kegagalan tanpa segan silu. Aku lebih rela berpecah dari terus jatuh tersungkur kerana kita enggan berubah.

Bercakap tentang bersatu, ketaatan kepada bangsa tidak bermaksud ketaatan kepada pemimpin. Pemimpin yang mahu engkau percaya kepada sebaliknya hanya berminat tentang dirinya, bukan bangsa. Mengapa pula engkau percaya pemimpin-pemimpin itu membantu Melayu apabila Melayu di kampung masih miskin tapi dirinya sendiri semakin hari semakin kaya?

Percayakah engkau kepada pemimpin-pemimpinmu itu yang hari demi hari, berteriak tentang hak-hak Melayu, tapi hanya rakan-rakan mereka yang telah kaya dibantu? Adakah engkau percaya yang dengan membantu Melayu-melayu yang kaya ini, Melayu-melayu yang miskin akan terbantu secara serentak?

Jika ya jawapanmu, maka tergamanlah aku. Tidakkah engkau sedar yang apa yang miskin terima hanya serbuk-serbuk roti, bukan roti itu sendiri? Aku fikir, jika benarlah kita hendak membantu yang miskin, tidak kiralah warna kulit, kita berikan yang miskin roti itu, bukannya serbuk-serbuk halus. Serbuk itu hanyalah sisa. Fahamkah engkau apakah itu sisa?

Mungkin aku terlampau kuat mendokong kebebasan pasaran dan tidak yakin akan tindakan-tindakan sosialis kurang percaya kepada dasar-dasar kebebasan. Tetapi, sekurang-kurangnya, apabila para sosialis ini berkata tentang pembasmian kemiskinan, mereka memberikan bantuan secara terus kepada yang miskin, bukan melalui yang kaya. Sekurang-kurangnya, para sosialis itu menghadiahkan makanan yang segar kepada yang miskin, bukannya sisa. Sekurang-kurangnya, para sosialis ini jujur dan tahu kebodohan di sebalik alasan-alasan serbuk-serbuk halus itu. Sekurang-kurangnya, para sosialis ini tahu apa itu penipuan apabila mereka melihatnya. Ini membolehkan aku menghormati para sosialis itu lebih dari mu. Kejujuran itu sendiri membolehkan aku menghormati para sosialis itu lebih dari mu.

“Ya. Kita mesti taat kepada pemimpin-pemimpin bangsa kita. Endahkanlah serangan-serangan itu. Melayu-melayu ini bagaikan kacang lupakan kulit. Mereka hanya berbohong tentang dakwaan penipuan itu. Tidak mungkin pemimpin-pemimpin kita menipu kita. Mustahil! Engkau pengkhianat! Pengkhianat bangsa! Kita perlu menyokong pemimpin-pemimpin kita walau apa pun!”

Jika ketaatan yang engkau minta adalah buta, maka banggalah aku digelar pengkhianat. Aku lebih rela engkau mempersoalkan ketaatanku daripada suara hati aku mempersoalkan kejujuranku. Kebenaran merentasi semua, termasuk Tuah.

15 Responses to “[973] Mengenai pengkhianat bangsa”

  1. on 19 Nov 2006 at 11:07 menj

    Actually you are a pengkhianat Islam, not pengkhianat to your race.

    – MENJ

  2. on 19 Nov 2006 at 11:12 Hafiz

    all the same. better a pengkhianat than a blind man.

  3. on 19 Nov 2006 at 11:37 Eddie

    The truth will prevail

  4. on 19 Nov 2006 at 12:57 walski69

    What people like MENJ don’t realize is that the blind following (taqleed) of what passes off as “Islam” is the main cause for the deteriorated state of the ummah.

    Continue with upholding what’s right, Hafiz – truth is self-evident, and you don’t need the approval of organized religion for what you believe in to be right.

    It’s the lack of introspection, self-criticism and blind subservience that leads us all down the path of decrepitness.

    PEACE!

  5. on 19 Nov 2006 at 13:23 ByeBo

    Once upon a time, people classified themselves according to where they came from…eg. Johor, Bugis, Acehnese etc. But now they are all considered ‘Malay”. Will there be a time when such inclusiveness will be extended to other ‘races’ like Chinese and Indians? Its all about politics.

  6. on 19 Nov 2006 at 15:05 Robin Goodfellow

    As much as I would love to see MENJ undergo a sex change operation and be sent off to Talban Afghanistan, I must admit at least he has not yet (to date and to my best knowledge) taken any racist tact on any given issues any day. My grudging respects, for now.

  7. on 19 Nov 2006 at 15:35 kaki bangku

    walski69, I dont think taqleed has hardly anything to do with the ummah’s decadence. the first four centuries witnessed widespread taqleed towards the four mazhabs, yet was the most prosperous period.

  8. on 19 Nov 2006 at 21:04 Mudasir

    Bangsat-Bangsat bertopeng Anak Bangsa.

  9. on 20 Nov 2006 at 02:03 Abdullah Gul

    [ADMIN: suspected impersonator with nick GaryWBush, Musa, Gul etc. Kindly ignore: see http://maddruid.com/?p=1078 ]

    Robin Goodfellow wrote:

    As much as I would love to see MENJ undergo a sex change operation and be sent off to Talban Afghanistan, I must admit at least he has not yet (to date and to my best knowledge) taken any racist tact on any given issues any day. My grudging respects, for now.

    MENJ is a racist by international legal standards, such as the EU Court of Human Rights, as he advocates Muslim supremacy (ketuanan Muslim) and murder of murtads (pembunuhan Bukan Islam).

    Muslims constitute a race as it is a category like Chinese or Tamils.

    However, traditionally, there are ONLY 4 races, White, Black, Brown and Yellow. In many countries this is how categorisation on identification documents is usually done.

    Chinese is not really a race but a culture, just as Muslim and Jews are cultures. However to protect against cultural genocide, we consider Anti-Chinese, Anti-Muslim, and Anti-Semite as racism too.

  10. on 20 Nov 2006 at 02:10 Abdullah Gul

    [ADMIN: suspected impersonator with nick GaryWBush, Musa, Gul etc. Kindly ignore: see http://maddruid.com/?p=1078 ]

    Addendum:

    I forgot to add that culture is a way of life. So, yes, being Chinese is not just speaking Mandarin as your mother tongue but much more than that!

    Prophet Muhammad after all said “An Arab is not by birth nor by ancestry but by tongue. Whoever speaks Arabic is an Arab”

    So, Chinese cannot speak Arabic, else he is NOT Chinese anymore. He got to speak only in Mandarin to be Chinese.

  11. on 20 Nov 2006 at 03:42 Akmal

    What is the story behind this? Prolong from ‘Gebang Politik budak Koleq?”

  12. on 20 Nov 2006 at 10:11 menj

    Well I do not think these Liberals have any right to be talking about taqleed or ijtihad or any of the intricates of Islamic fiqh in the first place anyway. After all, these traitors to Islam should just be thrown into the sea.

    I rather be “blind” to the liberals than to be a traitor to my religion.

    – MENJ

  13. on 22 Nov 2006 at 01:03 walski69

    And so it came to pass that the liberals, thrown into the sea in large numbers, soon developed an undersea utopia, no longer bound by dogmatic demands and idiocy.

    Meanwhile, on land, the conservative mainstreamers, shackled and blinkered by their dogmatic beliefs, regressed further, to the point of annihilating each other over various differences that irked them to no end. Their inherrent anger and frustration with the world could no longer be contained, and not having any more liberals around to bash, turned on each other.

    Planet Earth, for the first time in over a millenium, was once more peaceful.

    The End.

  14. […] read some of his comments at various of my entries ([1050], [1048], [1036], [988], [979], [976], [973], [948], [952],  [850], [695], [435] and […]

  15. on 16 Apr 2009 at 13:53 DeePo

    Menj,

    tau ke apa mkna liberal?

    kerana org spt kamu lah yg menyebabkan negara porak peranda. sptutnya anda mendgr apa pndangan org2 ”liberal”, klu mereka salah, tlg tunjukkan. bukan ”thrown them into the sea”. klu aku la seagama dgn anda, mmg aku murtad, kerana org spt kamu yg lgsung x mendgr rintihan org lain.

    saya tak heran jika rmai org seagama dgn kamu yg murtad, murtad kerana kecewa dgn sikap org spt kamu. murtad bukan kerana dakyah kafir spt kami, tapi ”dakyah” spt kamu.

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

*