Categories
Humor

[1712] Mengenai kembali kepada agama

Kesesakan lalu lintas adalah satu kebiasaan bagi Lebuhraya Persekutuan. Kehadiran pemandu-pemandu yang tidak sopan yang sentiasa memotong barisan juga tidak asing. Tambahan lagi, Jumaat semalam bagi saya merupakan satu hari yang dipenuhi dengan permintaan yang tidak munasabah langsung. Mujurlah ada radio sebagai teman yang sentiasa cuba mengalihkan perhatian saya daripada sumber-sumber yang menimbulkan kemarahan. Di radio terpasang frekuensi 93.9FM. Radio 24 yang dikendalikan oleh Bernama sedang menimbangi pandangan orang ramai tentang cara mengatasi kos sara diri yang meningkat dan salah seorang yang berkongsi pendapat berjaya menghiburkan hati saya yang gelisah.

Pengacara bertanya, “Ya, bagaimanakah encik mengatasi peningkatan harga-harga makanan serta minyak?”

Dengan yakinnya, dia menjawab, “Kita mesti kembali kepada agama.”

Sebelum ini, ada pandangan-pandangan yang boleh diterima pakai. Seorang penelefon berkata rakyat tidak perlu panik dan patut terus berbelanja untuk menjana ekonomi negara semasa kesihatan ekonomi terancam. Seorang penyokong Keynesianisme, mungkin.

Ada yang berpendapat yang inilah masanya untuk kita melipat-gandakan usaha untuk menambahkan pendapatan. Seorang lagi menyaran supaya rakyat meneliti perbelanjaan seharian dengan menyediakan bajet tahunan. Perbelanjaan yang kurang penting haruslah dipotong.

Boleh dikatakan rata-rata, kebanyakan pendapat yang dikongsi biasa didengari, kecuali apabila agama ditawarkan sebagai ubat kepada kos sara hidup yang tinggi.

Pengacara rancangan radio itu jelas kurang berpuas hati dengan pandangan itu dan kemudiannya meminta penjelasan lanjut tentang pendapat kembali-kepada-agama.

Tanpa teragak-agak, jawapan yang diberi: “Ini semua satu cubaan daripada Allah.” Dia berasa jika kita bersungguh-sungguh yakin dengan Allah, semua masalah ini akan dapat diselesaikan.

Bagus. Teruskan berdoa tanpa melakukan apa-apa. Buatlah sembahyang hajat dan yakinlah dengan hebat yang agamalah penyelesaian kepada masalah kamu. Tuhan akan menjawab doamu! Yakinlah!

Hahaha. Komedi hari Jumaat.

By Hafiz Noor Shams

For more about me, please read this.

3 replies on “[1712] Mengenai kembali kepada agama”

Dear Shah,

There’s no need to apologize.

Straight to the issue at hand, religion is not a panacea. You suggest that I am stereotyping religion as mere rituals but I am ridiculing the idea of religion as panacea, which is the exact idea you are espousing. I think you’re missing the point if you think that I am targeting rituals.

A lot of those solutions have nothing to do with religion. Those are secular ideas which do not need divine revelation. Anybody, be they are religious or not, is able to come with the same idea without any reference to religion. It is a fiction to say one needs religion (“kembali kepada agama“) to come up with solutions to problems.

It is this fictitious relationship which I ultimately despise. Okay, maybe not ultimately but it does sit high up in my list.

Sori aa.komen kali ni panjang sket.

#Pandangan 1

Yang kasi pendapat itu gagal.Gagal dalam memberikan jawapan yang jelas dan tepat.Jawapan
“Kita mesti kembali kepada agama.” disusuli pula dengan “Ini semua satu cubaan daripada Allah.
merupakan ayat-ayat yang biasa kita dengar dalam khutbah jumaat yang kadangkala melenakan.

Kembali bagaimana kepada agama itu?Cubaan Allah ini, “approach” yang bagaimana harus kita ambil?Kegagalan menjawab soalan-soalan ini dengan lebih tepat menyebabkan ungkapan “kembali kepada agama “ seakan-akan retorik kosong semata mata.

#Pandangan 2

Namun begitu ,tidak cukup kita berhenti di sini dan terus menghukum pemberi pendapat itu.
Cuba kita menjadi jelas di sini.Persoalan saya kepada saudara dan juga diri saya sendiri ialah;

Tidakkah berjimat dalam perbelanjaan itu nilai agama?Berlaku adil dalam pembahagian ekonomi,
memelihara hak bukan islam dan kelebihan mukmin yang berharta itupon sebahagian daripada agama.

Adakah agama itu sekadar ritual dalam bentuk bacaan yassin di senja khamis?Solat hajat SPM?
Bacaan doa di kenduri kendara?

Adakah tafsiran agama itu menjadi tidak lebih daripada upacara dan terhad kepada masa dan acara tertentu sahaja?

Kita perlu berfikir dengan lebih jauh lagi,melangkau stereotaip biasa.Kemalasan untuk berfikir menyebabkan agama itu hanya hadir di masjid, air penawar hati dan milik golongan tertentu.Stereotaip yang tentunya sudah basi.

Bukankah agama itu merupakan sistem kehidupan,yang “plays an important role in every single
action of ours? A source of reference,a standard guideline in every single decisions
we make everyday?

#Pandangan saya

Saya melihat kenaikan harga barang ini sebagai cabaran kepada kebijakan “management skills” kita dalam menguruskan aset,liabiliti dan ekonomi sehari-harian.Ya,kebijakan dalam menguruskan perkara seharian ini juga adalah tuntutan agama!Setiap cebis harta saya dan saudara pasti akan disoal,dan akan dipertanggungjawabkan.

Amanah.Kita memikul amanah yang berat.Kita bertanggungjawab terhadap Tuhan.Dan Tuhan juga memerintahkan kita bertanggungjawab terhadap manusia,terhadap alam sekitar(pencemaran alam itu ditentang agama)mahupun spesies haiwan.Kerana apa?Kerana kita dihantar sebagai khalifah.Dan bukanlah karakter khalifah itu menyakitkan hatta semut sekalipon!

#Kesimpulan versi pendek.

Khutbah Wida Rasullulah s.a.w
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku. “

Maka ungkapan “Kita mesti kembali kepada agama” itu bukanlah retorik kosong semata-mata,
Kesilapannya adalah kegagalan untuk berfikir dan “approach” secara lebih terperinci.

Kesilapannya adalah dalam menafsirkan agama yang hanyalah dalam hubungan individu dengan Tuhan semata-mata,sedangkan Tuhan telah menjelaskan tanggungjawab dan hak dalam hubungan sesama manusia.

-Sekian dari saya yang banyak kesilapan-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.